Saturday, August 30, 2008

Petua Untuk Suami Isteri

Berikut adalah petua orang tua-tua untuk kebahagian suami isteri. Jika diamalkan selalu, anda akan mendapat faedahnya :

1. Jangan kencing di dalam air. Contohnya ketika mandi di dalam sungai, kolam atau yang bersamaan maksud dengannya.

2. Jangan terus basuh atau mengenakan air pada alat kemaluan anda iaitu selepas melakukan seks . Biarkan setengah jam untuk mendapatkan hasil yang baik.

3. Jangan lakukan seks di dalam bilik berhawa dingin.

4. Jangan makan bersulam air (makan dan minum serentak). Biarkan ½ jam selepas makan barulah air diambil.

5. Jangan gunakan sebarang ubat kebas (tahan lama).

6. Tidak digalakkan kemaluan anda dihisap oleh pasangan anda kerana boleh menyebabkan urat nadi prostate tidak berfungsi dengan baik. Prostate sebenarnya adalah alat bagi memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah. (Sekiranya pantang-larang ini tidak diikuti, darah anda akan menjadi sejuk).

7. Tidak digalakkan mengambil makanan-makanan sejuk. Selalukan mengambil makanan panas (hot) dan segar (fresh). Ais tak elok di minum selalu.

8. Amalkan selalu kencing pada tempat yang keras seperti batu, simen atau kayu atau yang bersamaan maksud dengannya.

9. Selepas bersetubuh, pastikan anda mengurut semula dari arah pangkal ke depan atau ke kepala kemaluan sekurang-kurangnya 2-3
kali urutan.

    Mengeraskan Zakar


    Sebelum tidur ambil sedikit minyak urut dan gosokkan dengan laju pada tapak tangan untuk memanaskannya apabila mengurut. Letakkan sedikit minyak tersebut pada jari-jari tangan dan urut kelengkang iaitu antara dubur ke telur zakar (seakan-akan Istibra selepas kencing). Tekan sedikit dan pastikan anda urut sehala saja, yakni dari dubur mengarah ke telur zakar. Lakukan sebanyak 7 kali. Kesan dari amalan ini akan dapat dilihat pada malam itu juga, di mana zakar akan menegang dengan galak sekitar 3 pagi sehingga waktu solat subuh. Amalkan ia kalau boleh pada setiap malam sebelum anda tidur terutama ketika cuaca sejuk supaya ligament dan urat-urat zakar berada pada tahap kecergasan yang terbaik. Selamat mencuba.


    Wednesday, August 13, 2008

    Petua Nak Murahkan Rezeqi Dan Dijauhkan Kesulitan

    Menurut Ustazah Dr. Fatma Zaharah, saat doa mujarab ialah:

    1.Tiap2 hari jumaat (mulai maghrib hari khamis sampai maghrib jumaat)

    2.waktu hujan mula turun...(jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)

    3.Tiap2 malam (1/3 mlm maksudnya dalam pukul 3-5 buat sembahyang tahjud, hajat ,
    taubat sebab dikatakan waktu itu Allah turun dari langit )

    4.Mula2 subuh nak keluar(sebelum azan dah ada atas tikar sembahyang, istighfar dulu)

    5.Maghrib nak keluar (sama macam time subuh jugak)

    6.dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa .

    7.Waktu sakit (jangan mengeluhh...masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah2 dosa2 kita...

    Insyaallah setiap doa tu ALLAH makbulkan cuma jangan pernah putus asa....


    Untuk hilangkan kesulitan dalam hidup ini

    1.Istighfar banyak2...

    2.Amalkan doa nabi Yunus

    3.Solat taubat tiap2 malam

    4.Berdoa dengan nama2 Allah...asmaulhusna...

    Petua hari ini

    Pokok Kantan hilangkan bau badan

    Bagi wanita yang baru lepas bersalin, untuk menghilangkan bau badan, ambil beberapa batang pokok kantan yang segar, potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat, Rebuskan hingga mendidih dan gunakan air rebusannya untuk mandi apabila telah sejuk.


    Cuka Hilangkan Kelemumur

    Kelemumur adalah lapisan kulit mati yang terkumpul pada kulit kepala. Petua untuk menghilangkannya adalah mudah. Campurkan setengah cawan air dan setengah cawan cuka putih. Sapu dan gosokkan terus ke kulit kepala sebelum bersyampu. Lakukan seminggu 2 kali.InsyaAllah kelemumur akan hilang.

    Monday, August 4, 2008

    Mengekalkan Kecantikan

    Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. InsyaAllah.





    Penawar Resdung



    Petua yang paling mudah dan berkesan untuk resdung ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk). Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. InsyaAllah kesannya sungguh menakjubkan.

    Sunday, August 3, 2008

    Sepet Arum Rapat Wanita


    Dapat mengharum dan merapatkan kembali vagina wanita

    SUAMI AKAN TERSENYUM PUAS !!!




    Dengan RM10.00, anda akan mendapat 10 paket yang boleh digunakan sebanyak 10 kali.

    Fungsi utama Sepet Arum adalah mengurangkan lendir-lendir yang terdapat pada setiap vagina wanita.

    Lendir-lendir ini akan tertinggal semasa wanita datang haid atau semasa membuang air kecil atau semasa 'bersama suami' ataupun selepas melahirkan anak.

    Lendir-lendir lebihan ini akan memberikan bau yang kurang enak dan sekiranya dibersihkan dengan teliti ianya akan menjadi keputihan kepada vagina wanita.

    Dengan mengurangkan lendir-lendir ini, secara langsung vagina wanita akan RAPAT KEMBALI.

    Ianya akan menjadi kebanggaan kepada setiap wanita. Anda akan mendapat KEHARUMAN dan RAPAT KEMBALI.

    Hanya campurkan satu paket dengan sedikit air suam, dan sapukan kepada vagina 10-15 minit sebelum 'bersama'.

    Untuk mendapatkan kesan yang lebih hebat, gunakannya pada setiap pagi dan sebelum tidur.

    Anda boleh dapatkan produk ini dengan klik disini

    Friday, July 18, 2008

    Melebatkan Rambut

    Tahukah anda bahawa sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis boleh melebatkan rambut ? Ini caranya...rendamkan sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis di dalam secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan pada waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepas itu bilas dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Selamat mencuba.

    Tuesday, June 24, 2008

    Petua Hari ini

    Supaya Mata Tak Rabun




    Photobucket



    Ambil beberapa daun sireh segar, ramas daun tersebut dengan semangkuk air. Selepas itu basuh seluruh muka dengan air sireh tadi. Amalkan dua kali seminggu. Insyaallah mata anda kelihatan terang tanpa memakai cermin mata.


    Air Halia hilangkan mual

    Bagi anda yang terasa mual atau pening, minumlah air halia yang direbus bersama gula batu. Selain itu, ia juga dapat melancarkan peredaran darah serta memanaskan badan.


    Putih Telur dan Madu Cantikkan Rambut

    Ambil putih telur dan campurkan sedikit madu lebah. Gaul hingga sebati, kemudian lumurkan pada rambut. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan seminggu dua kali. Pasti rambut nampak lebih lembat dan cantik berkilat. Satu lagi petua, ambil pati santan dan campurkan ia bersama minyak zaitun. Lumurkan pada rambut selepas bersyampu. Biarkan dalam 15 minit kemudian bilas dengan air. Amalkan seminggu dua hingga tiga kali. InsyaAllah pasti mendapat hasilnya.



    Monday, June 23, 2008

    Petua Lagi

    Melawaskan Kencing

    Ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya,direbus sekali.Selepas air itu menjadi suam,amalkan meminum ayer itu.InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,ia akan memecahkan batu karang tersebut.Sekiranya tidak ada penyakit,ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.


    Terkena atau Terpijak Paku Berkarat

    Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari.InsyaAllah baik.

    Sumber petua : www.penawar.net