Wednesday, August 13, 2008

Petua hari ini

Pokok Kantan hilangkan bau badan

Bagi wanita yang baru lepas bersalin, untuk menghilangkan bau badan, ambil beberapa batang pokok kantan yang segar, potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat, Rebuskan hingga mendidih dan gunakan air rebusannya untuk mandi apabila telah sejuk.


Cuka Hilangkan Kelemumur

Kelemumur adalah lapisan kulit mati yang terkumpul pada kulit kepala. Petua untuk menghilangkannya adalah mudah. Campurkan setengah cawan air dan setengah cawan cuka putih. Sapu dan gosokkan terus ke kulit kepala sebelum bersyampu. Lakukan seminggu 2 kali.InsyaAllah kelemumur akan hilang.

1 comment:

Hairil Hazlan said...

hahaha...siapa badan yang berbau tu lehh laaa amalkan petua ni...rasanya bukan badan je nie bau kaki pun boleh kot....