Showing posts with label daun sireh. Show all posts
Showing posts with label daun sireh. Show all posts

Tuesday, June 24, 2008

Petua Hari ini

Supaya Mata Tak Rabun




Photobucket



Ambil beberapa daun sireh segar, ramas daun tersebut dengan semangkuk air. Selepas itu basuh seluruh muka dengan air sireh tadi. Amalkan dua kali seminggu. Insyaallah mata anda kelihatan terang tanpa memakai cermin mata.


Air Halia hilangkan mual

Bagi anda yang terasa mual atau pening, minumlah air halia yang direbus bersama gula batu. Selain itu, ia juga dapat melancarkan peredaran darah serta memanaskan badan.


Putih Telur dan Madu Cantikkan Rambut

Ambil putih telur dan campurkan sedikit madu lebah. Gaul hingga sebati, kemudian lumurkan pada rambut. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan seminggu dua kali. Pasti rambut nampak lebih lembat dan cantik berkilat. Satu lagi petua, ambil pati santan dan campurkan ia bersama minyak zaitun. Lumurkan pada rambut selepas bersyampu. Biarkan dalam 15 minit kemudian bilas dengan air. Amalkan seminggu dua hingga tiga kali. InsyaAllah pasti mendapat hasilnya.



Monday, June 23, 2008

Petua Hari Ini

Atasi Gatal Pada Mata

Sekiranya anda mengalami gatal-gatal pada mata dan mata menjadi merah disebabkan anda mengalami masaalah resdung cubalah petua ini. Ambilkan celak mata serbuk (biasanya yang dibawa balik dari Mekah) dan pakailah pada kedua dua mata anda, selain ia dapat menghilangkan rasa gatal gatal tersebut ia juga mencantikkan mata anda.


Tanda Hitam Pada Siku dan Lutut

Sediakan beberapa helai daun sireh, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sireh tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kesan hitam pada lutut dan siku akan beransur pudar. Selamat mencuba.

Rambut Panjang dan Bermaya

Potong serai halus halus, masukkan kedalam periuk berisi air dan didihkan di atas api yang kecil. Setelah mendidih biarkan sejuk. Kemudian basuh rambut dengan air tersebut. Amalkan tiga hari berturut turut. InsyaAllah rambut akan cepat panjang dan bermaya.

Saturday, May 31, 2008

Supaya Mata Tak Rabun

Ambil beberapa helai daun sireh segar, ramas daun tersebut dengan semangkuk air. Selepas itu basuh seluruh muka dengan air sireh tadi. Amalkan 2 kali seminggu, InsyaAllah mata anda akan kelihatan terang tanpa perlu memakai cermin mata.