Tuesday, June 24, 2008

Petua Hari ini

Supaya Mata Tak Rabun




Photobucket



Ambil beberapa daun sireh segar, ramas daun tersebut dengan semangkuk air. Selepas itu basuh seluruh muka dengan air sireh tadi. Amalkan dua kali seminggu. Insyaallah mata anda kelihatan terang tanpa memakai cermin mata.


Air Halia hilangkan mual

Bagi anda yang terasa mual atau pening, minumlah air halia yang direbus bersama gula batu. Selain itu, ia juga dapat melancarkan peredaran darah serta memanaskan badan.


Putih Telur dan Madu Cantikkan Rambut

Ambil putih telur dan campurkan sedikit madu lebah. Gaul hingga sebati, kemudian lumurkan pada rambut. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan seminggu dua kali. Pasti rambut nampak lebih lembat dan cantik berkilat. Satu lagi petua, ambil pati santan dan campurkan ia bersama minyak zaitun. Lumurkan pada rambut selepas bersyampu. Biarkan dalam 15 minit kemudian bilas dengan air. Amalkan seminggu dua hingga tiga kali. InsyaAllah pasti mendapat hasilnya.



Monday, June 23, 2008

Petua Lagi

Melawaskan Kencing

Ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya,direbus sekali.Selepas air itu menjadi suam,amalkan meminum ayer itu.InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,ia akan memecahkan batu karang tersebut.Sekiranya tidak ada penyakit,ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.


Terkena atau Terpijak Paku Berkarat

Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari.InsyaAllah baik.

Sumber petua : www.penawar.net

Khasiat Kunyit

Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angi dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.

Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Di Malaysia, kunyit yang digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.




Petua Hari Ini

Atasi Gatal Pada Mata

Sekiranya anda mengalami gatal-gatal pada mata dan mata menjadi merah disebabkan anda mengalami masaalah resdung cubalah petua ini. Ambilkan celak mata serbuk (biasanya yang dibawa balik dari Mekah) dan pakailah pada kedua dua mata anda, selain ia dapat menghilangkan rasa gatal gatal tersebut ia juga mencantikkan mata anda.


Tanda Hitam Pada Siku dan Lutut

Sediakan beberapa helai daun sireh, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sireh tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kesan hitam pada lutut dan siku akan beransur pudar. Selamat mencuba.

Rambut Panjang dan Bermaya

Potong serai halus halus, masukkan kedalam periuk berisi air dan didihkan di atas api yang kecil. Setelah mendidih biarkan sejuk. Kemudian basuh rambut dengan air tersebut. Amalkan tiga hari berturut turut. InsyaAllah rambut akan cepat panjang dan bermaya.

Sunday, June 22, 2008

Petua Hari Ini

Madu Lebah Sembuhkan Bisul

Ambil sedikit kapur dan campurkan bersama madu lebah. Sapu bancuhan tersebut pada bisul. InsyaAllah, bisul akan sembuh.


Pucuk Ubi Redakan Batuk

Tumbuk beberapa helai daun pucuk ubi. Campur sedikit kapur sirih dan air. Sapukan disekeliling leher dan tekak. Amalkan setiap kali anda mendapat penyakit batuk.


Kempiskan Perut Dengan Limau Nipis

Ambil limau nipis dan campurkan dengan teh tanpa gula. Amalkan meminum air ini setiap hari dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis.




Monday, June 2, 2008

Petua Hari Ini

1.Legakan Sakit Kepala

Ambil sebiji buah limau nipis, perahkan dalam air suam. Kemudian minum air tadi berserta selawat. Dengan izin Allah sakit kepala anda akan lega.


2. Hilangkan Bintik Hitam

Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik bintik hitam dimuka. Caranya ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, selepas itu ditumbuk halus dam kemudian campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam. Amalkan pemakaiannya setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik bintik hitam dimuka anda hilang.