Monday, October 27, 2008

Melawas kencing


Ambil beberapa biji lobak putih dan batang kangkung dengan akarnya sekali. Bersihkan kedua-duanya dan rebus dengan air yang sederhana banyaknya. Apabila telah cukup masak, angkat dan biarkan sehingga suam barulah diminum. Cara ini juga, InsyaAllah dapat memecahkan batu karang yang belum serius.



Dapatkan ebook terhangat dipasaran. KLIK DISINI

Sunday, October 26, 2008

Meredakan benjol di kepala


Terkena pukulan benda keras seperti batu atau kayu boleh menyebabkan kepala benjol. Bagi meredakan benjol tersebut, segera sapukan air perahan asam jawa dan sedikit garam yang pekat ke atas benjol tersebut. Insya-Allah dalam masa 1-5 minit, kesan benjol tersebut akan mengecil dan mengempis.


Dapatkan ebook yang tengah hangat dipasaran sekarang sekarang.

KLIK DISINI

Saturday, October 25, 2008

Sawan dikepala bayi


Sekiranya bayi yang berusia sebulan ke atas mengalami kulit kepala berkudis serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ambil tiga helai daun pandan, tiga helai daun serai dan sedikit air. Bahan-bahan ini direbus hingga asam gelugur menjadi kembang. Setelah air panas suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini di bahagian kepala. Lakukan setiap kali memandikan si bayi. InsyaAllah sawan di kepala bayi akan hilang.


Thursday, October 23, 2008

Mudah melahirkan anak

Sewaktu anda hamil enam bulan minumlah sesudu minyak kelapa tiga kali seminggu. Apabila kandungan anda mencecah sembilan bulan lakukannya setiap hari. Lebih baik, jika minyak kelapa itu buatan sendiri untuk menjamin kebersihannya. InsyaAllah dengan amalan ini anda akan mudah semasa melahirkan bayi.

Tuesday, October 21, 2008

Hilangkan bekas demam cacar air

Untuk menghilangkan rasa tidak selesa akibat demam cacar, ambil segenggam beras dan direndam sehingga kembang. Ambil beberapa helai daun semambu, kunyit hidup dan sebiji garam jantan. Tumbuk semua bahan tadi sehingga halus dan sapukan keseluruh badan. ia dapat mengeringkan cacar air dan menghilangkan bekas bekas hitam InsyaAllah.