Terdapat satu petua jika anda ada menghidap penyakit darah tinggi , petik 3 biji buah Belimbing Buluh, potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari. Daun belimbing buluh juga boleh digunakan untuk bayi yang diserang penyakit kuning dengan merebus daun belimbing tersebut dan dimandikan dengan air rebusan tersebut untuk meredakannya.
Buah Belimbing Buluh sebenarnya mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau. Jika direbus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.
No comments:
Post a Comment