Memakan makanan yang pedas begitu menyelerakan tetapi akibat dari memakan terlalu banyak cili boleh mengakibatkan berak berdarah diikuti dengan rasa pedih di usus. Jangan risau atau langsung tidak memakan cili pula. Petua orang tua tua dahulu dimana air akar cili merupakan penawar kepada penyakit ini. Caranya minum air rebusan akar cili sehingga sembuh.
Sunday, March 1, 2009
Saturday, February 28, 2009
Hilangkan kelemumur
Rambut yang cantik menjadi idaman setiap orang terutamanya kaum wanita. Namun tidak semua mendapat rambut seperti yang diidamkan. Antara masaalah biasa yang dihadapi ialah kelemumur. Bagi mengatasi masaalah kelemumur, ambil sebiji limau nipis, kemudian belah 4. Basahkan rambut anda. perah air limau tadi dan ramas diatas kepala anda beberapa minit. Selepas itu bungkus rambut anda dengan tuala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian basuh rambut anda dengan syampu. Lihatlah hasilnya dalam seminggu. Hasilnya pasti memuaskan anda.
Friday, February 27, 2009
Sakit gigi
Sakit gigi kadang kadang menyebabkan kita tidak dapat melakukan kerja dengan selesa akibat denyutan yang dialami. Hendak berjumpa doktor malas so apa yang boleh anda lakukan ialah ambil seulas bawang putih kemudian kupas kulitnya. Kunyah bawang putih tersebut tanpa membuka mulut bagi mengelakkan gas bawang putih tersebut terlepas kerana gasnya inilah yang dapat dapat menjadi ubatnya.
Memiliki daya ingatan yang kuat
Memakan asam asam dan jeruk merupakan satu tabiat yang biasa dikalangan kita. begitu juga dengan kepala ikan yang memang sedap sebagai hidangan tapi terdapat juga petua mengatakan jika anda ingin menjaga dan memiliki daya ingatan yang kuat, elakkan dari memakan barangan masam, jeruk, epal masam dan kepala ikan.
Masaalah bau badan
Bau badan memang tidak menyenangkan, jika anda mempunyai masaalah bau badan, tawas boleh digunakan untuk menghilangkan masaalah bau badan atau ketiak berbau. Biasanya tawas ni boleh didapati dikedai kedai runcit mamak. cara dia, lepas mandi sapukan tawas ditangan lepas tu sapu keseluruh badan atau ketiak anda. InsyaAllah bau badan dapat dihilangkan. Tapi jangan sapu terus kebadan kerana permukaan tawas ni tidak rata dan boleh mengakibatkan luka luka kecil.
Thursday, February 26, 2009
Daun Kari
Selain digunakan sebagai bahan dalam masakan daun kari juga mempunyai beberapa kegunaan dari segi perubatan. Diantaranya, mereka yang mengalami masaalah rambut beruban, boleh menggunakan daun kari sebagai penawar. Caranya adalah dengan merebus daun ini dalam minyak kelapa sehingga ia menjadi sisa bewarna hitam. Tonik rambut ini dikatakan mampu merangsang pertumbuhan rambut dan mengekalkan pigmentasi semulajadi.
Wednesday, February 25, 2009
Senyum memiliki manfaat ajaib
Wajah kita cenderung menyesuaikan pada posisi dari ekpresi yang kita bawa sepanjang waktu. Jika anda sering berkerut muka atau marah marah, kulit akan cenderung cepat berkedut terutama pada bahagian muka so elakkan muka dari berkerut jika menghadapi masaalah. Selalulah tersenyum kerana senyum mempunyai keajaiban bagi kulit yang membuat anda awet muda. Jadi untuk kelihatan sentiasa muda selalulah tersenyum. Tapi jangan senyum sorang sorang pulak, lain pulak jadi nanti.
Monday, February 23, 2009
Belimbing Buluh
Terdapat satu petua jika anda ada menghidap penyakit darah tinggi , petik 3 biji buah Belimbing Buluh, potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari. Daun belimbing buluh juga boleh digunakan untuk bayi yang diserang penyakit kuning dengan merebus daun belimbing tersebut dan dimandikan dengan air rebusan tersebut untuk meredakannya.
Buah Belimbing Buluh sebenarnya mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau. Jika direbus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam.
Kelebihan Daun Lidah Buaya
Lidah Buaya adalah sejenis tanaman yang biasa ditanam dan mudah tumbuh sama ada ditanam di dalam pasu ataupun di kawasan tanah lapang. Ramai yang menjadikan tumbuhan ini sebagai tanaman hiasan atau untuk tujuan perubatan. Sebagaimana yang diketahui ia memounyai banyak kegunaan terutamanya bagi tujuan perubatan.
Jika anda mempunyai bisul sapukan lendir Lidah Buaya bersama garam di sekeliling bisul untuk meredakannya. Begitu juga jika anda ingin menghilangkan parut luka. Selain itu Lidah buaya yang telah dijadikan jus iaitu Jus Aloe Vera juga bagus dan mampu mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, luka dalam badan, buasir, sembelit, sakit sendi, ulser, masalah ginjal dan banyak lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)